top of page
  • nabalunews

Program Santai Bola Sepak sempena Hari Malaysia


9 September 2024


KOTA BELUD: Program Santai Bola Sepak Bersama Belia Zon Sayap telah diadakan di Padang Dudan, Kampung Piasau, Kota Belud pada Ahad yang melibatkan perlawanan persahabatan bola sepak antara Kelab Bola Sepak Kampung Sayap dan Kelab Bola Sepak Kampung Terintidon.


Di program ini, sumbangan sebanyak 4 biji bola sepak juga telah diberikan.


Program ini telah menarik kehadiran sekitar 45 orang belia dan remaja dari kedua-dua kampung.

Turut hadir dalam program ini adalah Dr. Rizoh Bosorang, Pegawai Tugas-Tugas Khas II, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick. Kehadiran beliau adalah untuk memenuhi jemputan ramah mesra bersama belia di Zon Sayap.


Pengerusi Kelab Belia Kampung Sayap, Jaimon Peturus, dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Terintidon, Jenny Gurok turut menyertai acara ini.


Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan peluang kepada para belia untuk bersantai dan beramah mesra, serta untuk mengeratkan persaudaraan dan menyemarakkan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September ini.


Aktiviti seperti ini dianggap penting dalam menyatukan masyarakat melalui riadah dan sukan.

Commentaires


bottom of page