top of page

Program Santai Kaamatan di Taman Tani Tambulion

  • nabalunews
  • Jun 14
  • 1 min read

14 Jun 2025


KOTA BELUD : Program Santai Kaamatan telah di rasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Saikom Watis, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, di Taman Tani Tagal Tambulion Ulu.


Program yang diadakan sempena Pesta Kaamatan Kampung Tambulion Ulu ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti gotong-royong MonginSada, pertandingan masakan tradisi, serta penilaian pertandingan hiasan ceria Kaamatan di Taman Tani. Kanak-kanak turut meramaikan suasana dengan aktiviti mewarna yang disediakan.


Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah dan melawat galeri Taman Tani yang menampilkan Rumah Panjang tradisional sebagai salah satu tarikan utama.

Program ini bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan memelihara warisan budaya Kaamatan dalam kalangan komuniti setempat.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Malisah Sinin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, yang menyatakan sokongan padu terhadap usaha mempromosikan budaya dan pembangunan usahawan koperasi di kawasan tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page