Program Tabah dan Sayangi Keluarga tingkat kesedaran bahaya dadah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program Tabah dan Sayangi Keluarga tingkat kesedaran bahaya dadah


14 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KADAMAIAN: Program Tabah dan Kempen Sayangi Keluarga anjuran Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat-Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud dan PEMADAM Daerah Kota Belud telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Said Kota Belud pada Khamis lalu.


Program ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga serta meningkatkan kesedaran kepada bahaya penggunaan dadah di kalangan masyarakat.


Program tersebut telah dirasmikan oleh Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Kesejahteraan Rakyat, Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Negeri Sabah, mewakili Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah.


Turut hadir dalam program itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Leprus Subas@Giwas, PPM Kadamaian, Saikom Bin Watis, wakil Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Kesihatan Kota Belud, wakil Polis Penjara, Polis Kota Belud, pelajar-pelajar, guru-guru, Jabatan Kebajikan, staff-staff UPPM Kadamaian, Pintasan, Tempasuk, Usukan dan orang ramai.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page