Program Taklimat Kebajikan Perkukuh Kesedaran Penduduk Kiau Taburi

Oleh Kidd
KOTA BELUD, 23 Oktober: Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai bantuan kerajaan terus diperkukuh menerusi Program Taklimat Kebajikan Masyarakat yang diadakan di Mini Dewan Kiau Taburi, di sini, pada Jumaat lalu.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kiau Taburi dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian itu bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk mengenai bantuan serta perkhidmatan kebajikan yang disediakan kerajaan.

Taklimat disampaikan oleh wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Belud, merangkumi maklumat bantuan kebajikan dan saluran permohonan bagi memudahkan penduduk mendapatkan bantuan bersesuaian.
Turut hadir Pemaju Mukim William Ginting yang mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari itu turut menjadi platform memperkukuh kerjasama antara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan penduduk dalam memastikan maklumat kebajikan disampaikan secara berkesan.
Penganjurannya mencerminkan usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan komuniti selaras dengan semangat kebersamaan “Misimpuro Tokou!”















Comments