top of page

Program Teater Pendidikan Perkasa Kemahiran Insaniah Murid

  • nabalunews
  • Jul 15, 2025
  • 1 min read

15 Julai 2025


KOTA KINABALU: Program Jelajah Teater Pendidikan berjaya memperkasa kemahiran insaniah dalam kalangan murid sekolah rendah melalui aktiviti interaktif berasaskan teater.


Inisiatif berkenaan dianjurkan oleh pelajar Tahun Dua Teater, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Penyelaras program, Mazrona Kalinggalan berkata, program itu dirangka khas untuk meningkatkan kemahiran insaniah termasuk empati, penyelesaian masalah dan kerjasama kumpulan.


Selain itu, katanya, ia turut memperkasa kemahiran komunikasi melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan ekspresi kreatif.


“Pendekatan teater memberi impak besar dalam membina potensi kendiri murid kerana ia menggabungkan unsur kognitif, emosi dan sosial secara seimbang.


“Pelajar universiti juga mendapat manfaat besar apabila ilmu yang dipelajari dapat diaplikasi secara langsung di lapangan sebenar bersama komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.


Seramai 150 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah, Sipitang dan 100 murid dari SK Kelatuan, Papar telah menyertai program ini yang melibatkan pelaksanaan Modul Teater dalam Pendidikan serta persembahan teater kanak-kanak.


Program Jelajah Teater Pendidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha ASTiF-UMS untuk memperkukuh peranan teater sebagai alat pembangunan sahsiah dan komuniti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page