top of page

Program 𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 UPKO Tenom bantu 3 penduduk di Kampung Ulu Tipoh, Tenom

  • nabalunews
  • Oct 7, 2024
  • 1 min read


7 Oktober 2024


TENOM : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom melaksanakan misi kemasyarakatan dengan menghantar peralatan sokongan kesihatan kepada 3 penduduk yang memerlukan akibat faktor kesihatan di Kampung Ulu Tipoh, Tenom, baru-baru ini.


Bantuan yang diberikan menerusi program ziarah kasih ini adalah dua buah katil pesakit dan sebuah kerusi boleh laras, yang diserahkan kepada saudara Fidelis Majigi, Paulus Payung, dan bekas Katekis Martin Ingu.


Bantuan ini disampaikan oleh Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit bersama Setiausaha Bahagian, Razimin Ribin dan Ketua Pemuda, Gideon Gadit.


Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ketua Cawangan.


Peralatan ini diharap dapat memudahkan urusan harian mereka, terutamanya dalam aspek pergerakan.


Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang uzur, dan dengan izin Tuhan, mereka diberikan kesembuhan dan kekuatan.


Inisiatif ini bukan sahaja menggambarkan semangat kebersamaan, malah membawa harapan agar usaha ini serta para penerima bantuan, diberkati.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page