top of page

Program vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu 'Walk In' di Padang Merdeka mula esok (30 Ogos)

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Aug 29, 2021
  • 1 min read


29 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput semua warga pusat bandaraya yang masih belum menerima suntikan vaksin supaya mengunjungi Padang Merdeka pada 30, 31 Ogos dan 1 September ini.


Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata, Program vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu itu diadakan seawal jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


“Program ini diadakan bagi mencapai sasaran 100 peratus warga bandaraya Kota Kinabalu divaksin sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sehubungan itu Noorliza mengalu-alukan warga bandaraya mengambil peluang ini.


“DBKK berharap warga bandaraya memberi kerjasama menjayakan program vaksinasi ini dan memahami kepentingan mendapat suntikan vaksin serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepat proses pemberian vaksin,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page