top of page

Projek Esteel cipta kesan rantaian perniagaan

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 2 min read

Anwar (lima dari kanan) ditemani Hajiji (empat dari kiri) dan Jiang Hairong (empat dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Fasa Pertama Projek Esteel bernilai RM6.4 bilion di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini, sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain
Anwar (lima dari kanan) ditemani Hajiji (empat dari kiri) dan Jiang Hairong (empat dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Fasa Pertama Projek Esteel bernilai RM6.4 bilion di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini, sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain

30 Mei 2025


KOTA KINABALU: Projek tiga fasa Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd bernilai RM31 bilion akan mencetuskan kesan rantaian yang meluas melangkaui teknologi hijau untuk merangsang inovasi, memacu manfaat kepada perniagaan dan masyarakat di Sabah.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek itu juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, bukan sahaja untuk Sipitang tetapi juga untuk negeri secara amnya.


“Berkaitan dengan pekerjaan, saya ingin menekankan kepentingan memberi keutamaan kepada rakyat Sabah.


"Saya mahu semua pemain industri melabur dalam latihan dan pembangunan tenaga kerja tempatan kita dan mematuhi keperluan asas ini sebagai prinsip utama komitmen kita terhadap pembangunan tempatan.


“Usaha kolektif ini adalah penting untuk memastikan bahawa tenaga kerja tempatan kita mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri,” katanya pada majlis pelancaran Fasa Pertama Projek Esteel bernilai RM6.4 bilion di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.


Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir Pengarah Kumpulan Esteel, Jiang Hairong.


“Seperti yang kita tahu, taman-taman perindustrian yang sedia ada iaitu Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan Taman Industri Kota Kinabalu (KKIP) telah menunjukkan peningkatan pkadar penghunian dalam tempoh empat tahun yang lalu.


“Akibat permintaan yang tinggi daripada pelabur, Kerajaan Negeri telah meluluskan tiga taman industri baru di Kota Belud, Beaufort dan Kudat untuk Taman Industri Ekonomi Biru,” katanya.


Hajiji berkata, pembangunan ini merupakan satu peerkembangan yang baik bagi Sabah dalam meneruskan usaha meneroka potensi baru demi merealisasikan potensi penuh negeri ini.


“Saya telah menegaskan bahawa Sabah akan sentiasa mesra pelabur dan kami telah melaksanakan dasar-dasar untuk menarik lebih ramai pelabur ke sini. Kami komited untuk mewujudkan peersekitaran yang kondusif yang menyuburkan pelaburan dan memupuk kerjasama.


“Kami memahami kepentingan mewujudkan suasana yang stabil, telus, dan menyokong agar pelaburan dapat berkembang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page