top of page

Projek LRA Segaliud Fasa 2 perlu dipercepat atasi isu bekalan di Sandakan

  • nabalunews
  • 2h
  • 1 min read

24 Januari 2026


SANDAKAN: Penambahan sumber air termasuk mempercepatkan cadangan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud Fasa 2 dikenal pasti sebagai antara langkah kritikal bagi menangani isu bekalan air yang berlarutan di Sandakan.


Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim, selain pembinaan LRA Segaliud Fasa 2, penambahan tangki-tangki air di kawasan strategik juga perlu dipercepatkan bagi meningkatkan kapasiti simpanan dan kestabilan agihan air kepada pengguna.


“Isu bekalan air di Sandakan jelas memerlukan iltizam politik semua pihak untuk penyelesaian yang tuntas,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan Tapak Projek Water Supply System Upgrading Sandakan, di sini, hari ini.

Azrul berkata, dalam lawatan tersebut, pihaknya turut meninjau operasi LRA Sungai Sibuga yang dikendalikan oleh konsesi Timatch.


Menurutnya, loji berkenaan sepatutnya beroperasi pada kapasiti 21 juta liter sehari (MLD), namun sejak kebelakangan ia hanya mampu menghasilkan kurang empat MLD.


“Keadaan yang sama turut berlaku di LRA Hilltop, yang sepatutnya beroperasi pada kapasiti 15 MLD, tetapi kini hanya menghasilkan kira-kira 4 MLD air terawat.


“Walaubagaimanapun pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan konsesi memberi jaminan tambahan lebih kurang 2 MLD di LRA Hilltop dalam masa terdekat dan potensi tambahan yang sama di LRA Sungai Sibuga,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page