PRU15: Pertembungan enam penjuru di Parlimen Tuaran

5 November 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
TUARAN: Penyandang kerusi Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau berdepan pertembungan enam penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Madius akan bersaing dengan Datuk Joniston Bangkuai (GRS), Jo-Anna Sue Henly Rampas (Warisan), Muminin Kalingkong (Pejuang) dan dua calon Bebas iaitu Nortaip Suhaili dan Boby Lewat.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Syahrin Samsir memaklumkan susunan nama calon pada kertas undi selepas tempoh pencalonan ditutup pada jam 10 pagi.
Menariknya di P170 Tuaran, tiga daripada calon iaitu Madius, Joniston dan Jo-Anna berasal dari Kiulu.
Madius pernah bersaing dengan Joniston dalam PRN 2020 manakala Jo-anna pernah berantap dengan Joniston dalam PRN terdahulu yang menyaksikan keputusan kedua-dua PRN itu menyebelahi Joniston.
Kali ini ketiga-tiga mereka bertembung buat pertama kalinya dalam persaingan peringkat Parlimen.
Pada PRU14, Madius memenangi kerusi Parlimen Tuaran atas tiket BN dengan majoriti 7,624 undi mengalahkan pencabar terdekat daripada PKR dalam persaingan lima penjuru.
Parlimen Tuaran merangkumi empat kawasan DUN iaitu Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Pantai Dalit.
Commentaires