Pusat Khidmat ADUN Kadamaian sumbang bantuan melanjutkan pelajaran
nabalunews

15 January 2025
KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN Kadamaian menyerahkan bantuan melanjutkan pelajaran kepada seorang pelajar dari Kampung Pinolobuh.
Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam penyampaian sumbangan tersebut.
Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban kos perbelanjaan pelajar tersebut semasa mengikuti program latihan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Perak.
תגובות