top of page

Pusat khidmat Parlimen Penampang bantu keluarga terjejas banjir, tinjau kerosakan bersama agensi

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 14, 2023
  • 1 min read
Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Mojuntin mewakili Ewon menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga yang dipindahkan ke PPS Penampang.

14 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Penampang membantu keluarga terjejas banjir di Penampang dan meninjau kerosakan harta benda bersama agensi-agensi kerajaan.

Urusetia pusat khidmat parlimen mengagihkan bantuan bakul makanan

Selain Pusat Khidmat Parlimen Penampang, agensi-agensi kerajaan yang turut meninjau keadaan dan membantu mangsa banjir ialah PDRM, Bomba, ATM, APM,  Rela, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA), Majlis Daerah dan JKR Penampang.

Ketua Perhubungan Parlimen Penampang Bryan Matasing meninjau kesan banjir di SM St Michael.

Semalam, sebaik dimaklumkan keadaan banjir teruk di Penampang, Ahli Parlimen Penampang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengarahkan pegawai Pusat Khidmat Parlimen Penampang membantu petugas Jawatankuasa Bencana Daerah Penampang.


Urusetia pusat khidmat parlimen bersama Majlis Daerah dan JKR Penampang tinjau pokok tumbang untuk dibersihkan.

Dilaporkan, seramai 35 orang daripada 10 keluarga dipindahkan dan beberapa kawasan tidak boleh dilalui setelah banjir melanda Penampang, akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Bantuan makanan disediakan untuk keluarga terjejas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Kebudayaan Penampang yang dibuka pada 10 malam tadi.


Bryan dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kuskop yang juga Ketua Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominic, mewakili Ewon menyampaikan bantuan kepada saudara Florian di Kampung Maang Penampang.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page