Pusat Khidmat Parlimen Penampang terus salur bantuan kepada mangsa banjir
- Wartawan Nabalu News
- Jul 26, 2024
- 1 min read

26 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Pusat Khidmat Parlimen Penampang meneruskan usaha murni membantu meringankan beban rakyat dengan menghantar bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini baru-baru ini.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Penampang, Bryan Matasing mengetuai penyerahan bantuan berupa tilam dan bantal di Kampung Tompirason kepada empat keluarga yang terjejas akibat bencana alam pada 30 Jun lalu itu.
Empat keluarga terbabit yang begitu terkesan akibat banjir merakamkan penghargaan mereka dan amat bersyukur dengan bantuan ini.
Comentarios