top of page

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan bantu mangsa kebakaran

  • nabalunews
  • Jul 24, 2024
  • 1 min read

23 Julai 2024


TAWAU: Nasib lima Ketua Isi Rumah (KIR) yang hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah bersama dua kenderaan dalam kebakaran di Kg Pasir Putih, awal pagi Ahad lalu, mendapat perhatian wakil rakyat kawasan itu.


Ahli Parlimen P.191 Kalabakan merangkap ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, hadir menyantuni mereka bagi menyampaikan sumbangan kewangan dan bantuan barangan dapur dan keperluan semasa.


Beliau berharap sumbangan menerusi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan dengan kerjasama DUN Tanjung Batu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung mangsa.


Pada masa yang sama katanya, pihaknya akan mempertimbangkan lima KIR terlibat untuk disenaraikan sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ). Beliau juga sedang berusaha mendapatkan penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada.


“Ini merupakan antara inisiatif dan alternatif yang kita cuba lakukan untuk membantu mangsa musibah kebakaran untuk membina semula kehidupan,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan mangsa kebakaran di kampung itu, hari ini.


Andi turut mengingatkan penduduk kampung agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa mengutamakan keselamatan kebakaran bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Ahad lalu, sebuah rumah jenis tidak kekal yang didiami 24 isi rumah musnah sepenuhnya bersama dua kenderaan milik keluarga tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page