top of page

Pusat Pelancongan Tawar Hidangan Makanan Eksotik Diserbu

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

24 Februari 2026


KOTA KINABALU: Sebuah pusat peranginan di daerah Semporna diserbu Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, selepas dikesan menyimpan dan menjual hidangan makanan eksotik daging tenggiling.


Operasi Bersepadu Khazanah berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Risik / Task Force, Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan.


Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, operasi dilaksanakan hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti penyimpanan dan penyediaan hidupan liar bagi tujuan hidangan makanan eksotik kepada pelancong.

Katanya, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi menemui seekor tenggiling (Manis javanica) hidup iaitu spesies hidupan liar dilindungi sepenuhnya.


“Turut ditemui beberapa hidangan yang dipercayai melibatkan hidupan liar yang dlindungi.


“Seramai tiga individu ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, Tenggiling merupakan spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual I Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.


Katanya, tiada sebarang lesen atau permit dikeluarkan kepada mana-mana individu atau premis termasuk premis pelancongan untuk memiliki, menyimpan, menjual atau menyediakan spesies ini sebagai hidangan.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun.


“Jabatan Hidupan Liar Sabah memandang serius sebarang aktiviti penyediaan hidupan liar dilindungi sebagai makanan eksotik kepada pelancong.


“Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh menjejaskan reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang bertanggungjawab,” katanya.


Sehubungan itu, Mohd Soffian Jabatan ini memberi amaran keras dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan terhadap mana-mana premis pelancongan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan jenayah hidupan liar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page