top of page

Puspanita KUSKOP lawat KDCA, hayati kekayaan budaya Sabah

Wartawan Nabalu News
Rombongan Puspanita melawat salah satu rumah tradisional di KDCA.

5 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Seramai 12 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) mengadakan lawatan ke pusat kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini, kelmarin.


Rombongan itu diketuai oleh Datin Connie Parantis isteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Lawatan tersebut bertujuan meneroka dan mendapatkan pemahaman mengenai kekayaan warisan budaya di Sabah.

Semasa lawatan, rombongan itu berpeluang melawat beberapa rumah tradisional dalam kawasan KDCA. Setiap tempat memberikan mereka maklumat berharga tentang adat istiadat, tradisi, dan sejarah komuniti Kadazan Dusun.


Menurut Connie, lawatan ini merupakan lawatan balasan Puspanita Kementerian kepada Puspanita Penampang, yang sebelum ini melawat Kementerian pada Ogos tahun ini.

Rombongan turut berpeluang menari tarian sumazau.

Pertukaran lawatan antara kedua-dua kumpulan Puspanita ini mempromosikan pemahaman budaya, mengukuhkan ikatan, dan memupuk hubungan yang bermakna di kalangan ahli perkhidmatan awam.


Lawatan ke KDCA bukan sekadar memberikan pemahaman menganai kepelbagaian warisan budaya di Sabah, tetapi juga memupuk perpaduan dan kerjasama antara komuniti yang berbeza.


Seterusnya pada sebelah malam, Puspanita Kementerian dan Puspanita Penampang turut mengadakan makan malam bersama di Hotel No 5.

Puspanita KUSKOP bersama Puspanita Penampang selepas makan malam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page