Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Iran, Iraq dan Jordan
- nabalunews
- Jun 14, 2025
- 2 min read

14 Jun 2025
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke Iran, Iraq dan Jordan susulan konflik tidak menentu di rantau berkenaan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, tiga negara terbabit menutup ruang udara berikutan ketegangan yang semakin memuncak di antara Iran dan Israel.
"Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang berada di rantau berkenaan dinasihatkan agar bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan gangguan kepada jadual penerbangan sera membuat penyesuaian sewajarnya terhadap rancangan perjalanan masing-masing.
"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke kawasan terjejas memandangkan situasi konflik yang tidak menentu," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia di Iran khususnya yang berhampiran kawasan terjejas agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Bagi rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Iran digesa untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran," tambah kenyataan itu.
Dalam pada itu, Kementerian menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara melalui pejabat-pejabat perwakilan diplomatik di luar negara.
Untuk sebarang kecemasan atau bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pejabat kedutaan terdekat seperti berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran
Alamat: No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb
Telefon: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602
E-mel: mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com
Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq
Alamat: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq
Telefon: +964 787 859 8775 / +964 786 497 0087
E-mel: mwbaghdad@kln.gov.my
Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan
Alamat: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan
Telefon: +962 6590 2400 / +962 78590 2400
E-mel: mwamman@kln.gov.my












Comments