top of page

Rakyat Malaysia Perlu Bersatu Padu Kukuhkan Ekonomi Dan Kemakmuran Negara - Nga

  • nabalunews
  • Sep 24, 2024
  • 1 min read

24 September 2024


KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan bekerjasama mengukuhkan lagi ekonomi negara, kerana negara kini berada pada saat penting untuk pertumbuhan ekonomi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.


“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan telah mencapai kemajuan yang ketara sejak dua tahun lepas, memacu negara ke arah lebih tinggi,” kata Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan itu dalam satu kenyataan.


Nga turut menekankan prestasi ringgit sebagai mata wang pasaran sedang pesat membangun yang terbaik, dengan jumlah perdagangan mencecah paras tertinggi sebanyak RM1.69 trilion. Kadar pertumbuhan ekonomi negara mengatasi jangkaan, mencapai 5.9 peratus pada suku kedua tahun ini.


Selain itu beliau berkata kadar inflasi menurun kepada 1.9 peratus dan kadar pengangguran menyusut kepada 3.3 peratus. Rizab pertukaran asing bank pusat turut mencapai paras tertinggi dalam tempoh sedekad.


“Semua perkembangan positif ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia bergerak di landasan yang tepat. Sudah tiba masanya untuk semua rakyat bersatu dan melabur dalam pembinaan ekonomi negara dengan sepenuh hati, kerana pembangunan adalah kunci kepada kemakmuran,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page