top of page

Rakyat Sabah Inginkan Kerajaan Stabil, Mampu Bekerjasama Dengan Persekutuan - Salleh

  • nabalunews
  • Oct 7
  • 1 min read


ree

7 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mahukan sebuah kerajaan yang stabil, tidak mudah tumbang dan mampu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan serta benar-benar fokus dalam usaha membantu mereka.


Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, kestabilan kerajaan penting bagi memastikan dasar pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa diganggu pergolakan pentadbiran.


“Sabah memerlukan hala tuju yang jelas untuk menarik pelaburan, menyelesaikan masalah prasarana asas, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjamin masa depan generasi muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Hakikatnya, menurut Salleh, parti-parti tempatan sendiri tidak bersatu dan turut bertanding sesama mereka, di sebalik perdebatan mengenai parti tempatan dan parti nasional menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).


Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri itu berkata rakyat akan membuat penilaian bukan hanya berdasarkan janji, tetapi juga prestasi lalu serta kewibawaan calon yang diketengahkan.


“Pentas persaingan kini terbuka luas. Semua parti akan tampil dengan calon serta tawaran masing-masing kepada rakyat.


“Akhirnya, undi rakyat akan menjadi penentu. Pilihlah pasukan yang membawa kestabilan, bukan kekeliruan,” ujarnya.


Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sekali gus membuka laluan kepada PRN-17.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page