Ramalan Cuaca Signifikan di Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 25 Sept
- nabalunews
- Sep 20
- 1 min read

20 September 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berhubung ramalan cuaca signifikan yang dijangka melanda beberapa kawasan termasuk di Sabah bermula 22 hingga 25 September 2025.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin baratan kencang dijangka bertiup di rantau negara dalam tempoh berkenaan.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan fenomena garis badai yang membawa hujan lebat serta angin kencang, khususnya di utara Sarawak, barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan merujuk maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu atau aplikasi myCuaca bagi memastikan sumber sahih diperoleh.


















Comments