top of page

Rangkaian 5G: Kerajaan pastikan persaingan sihat antara penyedia rangkaian

  • nabalunews
  • Nov 9, 2024
  • 1 min read

9 November 2024


CYBERJAYA: Kerajaan mengambil langkah untuk memastikan persaingan yang seimbang antara Digital Nasional Berhad (DNB) dan U Mobile Sdn Bhd, dua penyedia rangkaian 5G di negara ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, inisiatif terbabit bertujuan untuk mengelakkan mana-mana penyedia daripada menguasai pasaran 5G.


“Walaupun U Mobile dibenarkan untuk bekerjasama dengan penyedia rangkaian mudah alih (MNO) lain bagi membangunkan rangkaian 5G kedua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengenakan syarat-syarat bagi memastikan persaingan kekal adil dan tiada pihak yang mendapat kelebihan yang tidak wajar”


Beliau berkata demikian selepas hadir pada program Hari Kurier Negara di sini, hari ini.


Fahmi menjelaskan bahawa syarat untuk pemberian spektrum adalah berbeza daripada proses pemilihan penyedia rangkaian 5G, dan syarat-syarat ini direka untuk memastikan keseimbangan pasaran.


Ujar Fahmi, strategi ini serupa dengan tindakan sebelum ini apabila MCMC mengarahkan pemulangan spektrum tertentu semasa penggabungan Celcom-Digi, yang menegaskan peranan suruhanjaya dalam memastikan persaingan yang adil dan mengelakkan dominasi pasaran.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page