Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang di Kota Marudu
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
29 Mac 2026
KOTA MARUDU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah tanpa memaklumkan keluarganya, Jumaat lepas.
Polis Kota Marudu mengesahkan menerima laporan kehilangan Christa Natalia Majaron, 17, pada 28 Mac 2026, kira-kira 8:23 malam.
Menurut pihak keluarga, remaja tersebut keluar dari rumah di Pekan Tandek, Kota Marudu, pada 27 Mac 2026, sekitar 7:25 malam, dan sehingga kini masih belum pulang.
Christa dipercayai masih berada di sekitar Kota Marudu atau mungkin telah ke kawasan lain. Beliau berketurunan Dusun, badan kurus, berkulit cerah, kening nipis, serta berambut panjang hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja berkenaan diminta segera menghubungi Sarjan Stephen Wan di talian 019-4695081 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu di 088-662449, atau mana-mana balai polis berhampiran.















Comments