top of page

Remaja 18 Tahun Ditahan Bersama Motosikal Curi di Taman Marudu

nabalunews
Mar 16
1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


16 Mac 2026


KOTA MARUDU: Seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun ditahan polis bersama sebuah motosikal yang dilaporkan hilang dalam satu rondaan cegah jenayah di sekitar Taman Marudu, Kota Marudu kelmarin.


Tangkapan tersebut dilakukan oleh anggota rondaan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kota Marudu kira-kira jam 11.00 malam, 14 Mac 2026.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, anggota rondaan bertugas telah terserempak dengan sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan kawasan Taman Marudu.


"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas nombor casis dan enjin kenderaan tersebut mendapati motosikal itu telah dilaporkan hilang berdasarkan laporan polis IPD Kota Kinabalu (Menggatal RPT/13703/2025)," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Beliau memaklumkan, suspek yang ditahan di tempat kejadian bersama motosikal berkenaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kota Marudu untuk tindakan lanjut.


"Kes tangkapan dan rampasan tersebut telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," ujar beliau.


Seksyen 379A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Sehubungan itu, Superintendan Simiun menasihatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kawasan setempat sentiasa terpelihara.


Kerjasama erat antara masyarakat dan polis amat penting dalam usaha mencegah jenayah di peringkat akar umbi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page