top of page

Remaja Berusia 17 Tahun Hilang Disahkan Selamat

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

6 Januari 2026


KOTA KINABALU: Kes remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Sri Kenangan, Sepanggar, disahkan selamat dan selesai sepenuhnya.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan mendapati remaja berkenaan mengikut rakan keluar ke luar daerah dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.


Katanya, laporan polis berhubung kehilangan mangsa itu diterima kira-kira jam 9.02 malam, 3 Januari lalu daripada ibu mangsa yang memaklumkan anak perempuannya keluar rumah sekitar jam 5.30 petang.

“Menurut laporan, remaja terbabit keluar untuk membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit berhampiran, namun tidak pulang sehingga lewat malam.


“Polis segera menjalankan siasatan termasuk mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga terdekat serta usaha menghubungi remaja terbabit.


“Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan mengikut rakannya keluar daerah dan tidak melibatkan kes culik atau sebarang salah laku jenayah lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kasim berkata, remaja terbabit selamat pulang ke rumah dan kejadian itu direkodkan di bawah satu laporan polis berasingan.


Sehubungan itu, Kasim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.


“Orang awam turut digalakkan menyalurkan maklumat yang tepat dan berfakta kepada pihak berkuasa sekiranya melibatkan isu keselamatan awam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page