top of page

Remaja Cedera Dikejar Anjing Liar

  • nabalunews
  • Jun 19
  • 1 min read

ree

19 Jun 2025


LAHAD DATU: Seorang remaja dilaporkan cedera akibat terjatuh selepas dikejar sekumpulan anjing liar di Kampung Sabah Baru, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan cedera di bahagian muka dan terpaksa menerima rawatan di hospital.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau yang mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu yang berlaku pada 16 Jun lalu.


Katanya, mengikut laporan, mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari bandar Lahad Datu menuju ke Kampung Sabah Baru.


“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba dikejar sekumpulan anjing liar menyebabkan mangsa terpaksa lari menyelamatkan diri.


“Ketika melarikan diri, mangsa terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa berkaitan terhadap ancaman anjing liar di kawasan berkenaan.


Katanya, polis memandang serius insiden sedemikian kerana ia membabitkan keselamatan awam, khususnya pelajar sekolah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page