top of page

Remaja Ikut Kenalan Lelaki Baru Hilang Sejak Isnin Lalu

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

27 Mac 2026


KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sewa keluarga di Sinsuran, di sini, sejak Isnin lalu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menegaskan, remaja Nurul Dahniah Balqis Abdullah berbangsa Bajau dikatakan keluar mengikut kenalan lelaki yang baru dikenali.


Katanya, ciri-ciri fizikal susuk badan mangsa hilang sedikit gemuk, berkulit putih, bermata hitam, berbulu kening tebal, berambut hitam paras leher serta memiliki bibir bawah yang tebal.


“Kali terakhir mangsa hilang dilihat pada 23 Mac lalu sekitar jam 11.40 pagi di Kampung Lapasan, Telipok, Manggatal.


“Mangsa dipercayai keluar rumah bersama seorang lelaki yang baru dikenali dan sehingga kini tidak pulang ke rumah,” katanya.


Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Inspektor Movendran di talian 018-5746310 bagi membantu siasatan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page