top of page

Remaja Lemas Selepas Jatuh Ke Sungai

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

15 Mac 2026


TUARAN: Seorang remaja lelaki lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dalam kejadian di Kampung Rangalau Lama, Jalan Kiulu, di sini, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 16 tahun dikatakan terjatuh sebelum hilang di dalam sungai berkenaan.


Kejadian disedari rakan mangsa yang kemudiannya memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Anak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.03 petang.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai terus digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh kira-kira 25 kilometer untuk membantu.


“Sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah berjaya ditemui oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba kemudian mengambil maklumat di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi bahaya lain.


“Operasi kemudiannya ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page