Rev. Dr Sintoh Yusop Presiden SIB Sabah sesi 2026 - 2028
- nabalunews
- Jan 17
- 1 min read

17 Januari 2026
KOTA KINABALU: Rev. Dr Sintoh Yusop dipilih sebagai Presiden Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah bagi sesi 2026 - 2028 dalam pemilihan Majlis Eksekutif dan Ahli Majlis Umum SIB Sabah sempena Persidangan Agung ke 18 SIB Sabah yang berlangsung Dewan Pusat SIB di sini pada Sabtu.
Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung masing-masing disandang oleh Pastor Dison Kapong, Rev. Thenny M Ali dan Pastor Herry Jamilik.
Manakala Ahli Majlis Umum dibarisi oleh seramai 17 ahli terdiri daripada Rev. Amus Balawan, Penatua (Pta) Anderias Tebari, Rev. Edwin Tupoloh, Pastor Elias Tebari, Pastor Fedlin Kukut, Pta Datuk Dr Jamili Nais, Pta Cikgu Japery Yumin, Rev. Jasme Dairis, Pta Juhurin Kantis, Pta Dr Losius Goliong, Pastor Mic Azary Motis, Rev. Omrinus Buril, Rev. Pelimon Tandau, Pastor Saniel Angkot, Pta Simiun Lomudin, Pta Sualim Gopog dan Pta Wiliam Wong.
Sebelum ini jawatan Presiden SIB Sabah disandang oleh Rev Datuk Ir Jerry Dusing.
Manakala Setiausaha masing-masing dipegang oleh Rev. Thenny M Ali yang berjaya mempertahankan jawatan dan Rev. Edwin Tupoloh yang kini berada dibarisan Ahli Majlis Umum.
Persidangan Agung itu dihadiri oleh perwakilan dari gereja-gereja setempat SIB seluruh Sabah.















Comments