Ribuan hadiri malam kemuncak ceramah Mega Harapan Penampang
- Wartawan Nabalu News
- Nov 18, 2022
- 1 min read

18 November 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) mengahadiri malam kemuncak Ceramah Mega Harapan Penampang di Pintas Avenue Kepayan, dekat sini malam tadi.
Tempoh 14 hari berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir hari ini.
Secara keseluruhanya lebih 21 juta pengundi berdaftar akan mengundi esok 19 November.
Sementara itu, calon PH Penampang Datuk Ewon Benedick merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan Pakatan Harapan Penampang dan semua jentera, petugas, ahli-ahli parti PH Penampang yang telah menunjukkan semangat kerjasama, kesatuan dan kesatupasukanan sepanjang tempoh kempen ini.

“Mari kita teruskan kesatupasukanan ini untuk berkhidmat dan berjuang bersama rakyat Penampang.
“Terima kasih kepada semua penyokong, pendoa, penderma dan pemerhati yang turut sama menyokong kempen PH dan mahu turut sama menjadi sebahagian daripada harapan baharu dan perubahan kerajaan di negara kita, bermula dengan perubahan kepimpinan di Penampang.
“Kita doakan semua calon dan semua parti yang terlibat dalam pilihanraya ini, serta semua petugas, urusetia dan penguatkuasa dalam pilihanraya ini. Kita saling mendoakan sesama sendiri semua rakyat Penampang, rakyat Sabah dan Malaysia yang akan mengundi,” katanya.
Ewon turut mengajak seluruh rakyat supaya mendoakan proses demokrasi berjalan lancar dan cuaca baik sepanjang hari mengundi.
“Kita telah berkempen dengan sebaiknya, dan kita serahkan kepada rakyat Penampang untuk membuat pilihan terbaik mereka,” katanya.















Comments