top of page
  • nabalunews

RIBUAN PETUGAS KESIHATAN AS MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19



22 FEB 2021


NEW YORK: Setelah hampir setahun pandemik COVID-19 melanda, Amerika Syarikat (AS) kini menghampiri 500,000 kematian yang turut menyaksikan ribuan petugas kesihatan meninggal dunia, lapor Agensi Berita Xinhua memetik USA Today pada Ahad.


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan hampir 409,000 kes COVID-19 dan 1,438 kematian dalam kalangan anggota kesihatan di seluruh negara, namun agensi itu mengakui datanya tidak lengkap.

Laporan pada akhir Disember oleh Kaiser Health News dan The Guardian menyatakan jumlah kematian petugas kesihatan hampir 3,000 orang, tambahnya.


"Mereka telah bekerja berjam-jam tanpa henti, tanpa menghiraukan waktu rehat dan terdedah dengan penyakit ini, mereka sudah terlalu letih tanpa mengetahui bilakah pandemik ini akan berakhir,” kata laporan itu.


Ramai rakyat AS sudah jemu memakai pelitup muka, putus asa untuk kembali kepada kehidupan biasa dan sudah tidak peduli dengan jumlah kes yang terus meningkat, namun tidak kepada petugas kesihatan.

Ketibaan vaksin pada pertengahan Disember memberi sedikit kelegaan kepada petugas perubatan.


Sehingga petang Ahad, sebanyak 498,254 kematian dilaporkan di AS, tertinggi di dunia, dengan California, New York dan Texas tiga negeri teratas mencatatkan jumlah korban teramai, menurut Johns Hopkins University. - Bernama


Comments


bottom of page