top of page

Ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara termasuk Sabah hingga 9 malam

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read

ree

29 Disember 2025


KOTA KINABALU: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri termasuk Sabah sehingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Negeri lain yang turut terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.


Di Sabah, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Pantai Barat serta Pedalaman merangkumi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.


“Turut dijangka mengalami cuaca sama ialah kawasan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” menurut kenyataan yang dikeluarkan 5 petang ini.


MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.


Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page