top of page

RM35 JUTA BANTUAN PRIHATIN COVID-19 BAGI INDUSTRI PERTANIAN DI SABAH

  • nabalunews
  • Oct 30, 2020
  • 1 min read


30 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah menyediakan peruntukan sejumlah RM35 juta bagi membantu mengurangkan impak negative Covid-19 ke atas industri pertanian di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Jeffrey Kitingan berkata, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada seramai 116,248 penerima yang berdaftar di bawah kementerian itu dalam pelbagai sektor.

“Setiap penerima akan mendapat bantuan secara one-off sebanyak RM300,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, seramai 32,836 petani (Jabatan Pertanian) diperuntukkan sejumlah RM9,850,800 dan golongan nelayan diperuntukkan RM3,200,700.

Bagi para pekebun sawit pula mereka akan menerima sejumlah RM4,861,500, pekebun kecil koko (RM348,000), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) RM14,626,800, penternak (RM620,700), Koperasi Pembangunan Desa (RM198,900) dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM1,167,000.

Namun, senarai ini bukanlah menyeluruh dan bagi mereka yang tercicir, permohonan bantuan akan tetap dipertimbangkan sekiranya mereka berdaftar dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkenaan, katanya.

Beliau berkata, dana itu adalah sebahagian daripada jumlah bantuan kerajaan untuk Golongan B40 yang juga merangkumi sektor-sektor lain termasuk pemandu teks, bas dan lori serta pemain industri pelancongan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page