top of page

Roland Oliver Niun, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang baharu

nabalunews
Roland (kiri) dan Augustine bertukar dokumen

28 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Warga Jabatan Hidupan Liar Sabah hari ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Augustine Tuuga atas dedikasi dan kepimpinan cemerlang beliau sepanjang perkhidmatannya sebagai Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.


Augustine yang bersara hari ini digantikan oleh Roland Oliver Niun sebagai Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang baharu.


Menerusi hantaran di laman Facebook, warga Jabatan Hidupan Liar Sabah mengucapkan selamat bersara kepada Augustine dan semoga beliau suskes dan bahagia di fasa kehidupan yang baharu.


"Kejayaan dan kemajuan yang dicapai tidak akan terlupakan. Selamat bersara, semoga sentiasa diberkati dan bahagia di fasa kehidupan yang baru," kata mereka.


Warga Jabatan Hidupan Liar Sabah turut mengalu-alukan pelantikan Roland dan berharap beliau terus membawa jabatan itu ke tahap yang lebih tinggi dengan visi dan semangat yang baharu.

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page