top of page

Ronald Kiandee Masuk GRS Hanya Spekulasi

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

15 Februari 2026


PAPAR: Timbalan Setiausaha Agung, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menolak khabar angin yang mendakwa Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan menyertai GRS.


Armizan berkata, perkara itu hanya spekulasi semata-mata dan tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat mengenai dakwaan berkenaan.


Katanya, secara peribadi, beliau amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyertai GRS atau parti komponen tempatan.


“Ia perlu selaras kepada empat teras perjuangan GRS iaitu Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.


"Apabila semua berada dalam landasan parti politik lokal, suara kita akan menjadi lebih kuat dan kita akan lebih kukuh apabila bersatu," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Burger King Benoni Drive-Thru, di sini, pada Ahad.


Soalan berkenaan diajukan kepada Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung laporan sebuah portal mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu bakal menyertai GRS.


Armizan berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan melihat perkara berkenaan hanya sebagai satu spekulasi.


“Saya tidak bercakap mewakili parti-parti komponen GRS atau mana-mana pihak walaupun menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung.


"Sebagai seorang ahli politik senior, saya tidak fikir Datuk Seri Ronald akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdekat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page