Ronih Subi juara Sugandoi Kaamatan UPKO Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ronih Subi juara Sugandoi Kaamatan UPKO Kota Belud


Ronih subi (tengah), Alexander Rippin dan Shazwina Alfera.

15 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pertandingan Sugandoi Kaamatan yang julung kalinya dianjurkan Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud sempana Raya-Kaamatan mendapat sambutan amat menggalakkan.

Pengerusi Penganjur Vince Jool berkata, bagi membolehkan semua peringkat umur dapat menyertai pertandingan itu pada masa akan datang, pihaknya bercadang untuk menganjurkan sugandoi kategori bawah 18 tahun dan terbuka.



“Ramai peserta bawah 18 tahun mendaftar tetapi kami terpaksa tolak kerana antara syarat pertandingan ialah mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bilangan penyertaan juga kami hadkan tidak melebihi 20 orang,” katanya kepada Nabalu News.


Vince berkata, antara tujuan pertandingan itu ialah mencungkil bakat-bakat terpendam golongan belia kawasan Kota Belud khususnya Kadamaian selain sebagai pengisian sambutan Kaamatan.

Sambutan Raya-Kaamatan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Tempat pertama dimenangi Ronih Subi dari Kg.Timbang, tempat kedua Alexander Rippin dari Kg.Tempasuk 2 dan ketiga dimenangi oleh Shazwina Alfera A Suip.


Kesemua hadiah disumbangkan oleh Ewon.


bottom of page