Rumah Anggota Polis Musnah dalam Kebakaran Awal Pagi di Kampung Lobong-Lobong
- nabalunews
- 3 minutes ago
- 1 min read

23 Januari 2026
KOTA BELUD: Sebuah rumah milik seorang anggota polis musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi ini di Kampung Lobong-Lobong, di sini.
Pemilik rumah tersebut adalah Inspektor Gibil Rasiah, yang berkhidmat sebagai anggota Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Menurut kenyataan pihak bomba, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi. Anak sulung pemilik rumah, Anston Voughn Cruz Gibil, merupakan satu-satunya penghuni yang berada di rumah ketika kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Belud tiba di lokasi sekitar jam 5 pagi bagi memadamkan kebakaran. Pegawai Kanan Bomba 1, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Mohd. Farhad Abdullah, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Operasi pemadaman telah dijalankan sepenuhnya,” jelas beliau.
Kejadian itu mendapat perhatian penduduk setempat dan usaha pemadaman berjaya menghalang api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Siasatan lanjut dijalankan bagi menentukan kerugian tepat dan punca sebenar kejadian.














