top of page

Rumah, kenderaan, motosikal musnah dalam kebakaran

  • nabalunews
  • Nov 12, 2024
  • 1 min read

12 November 2024


SANDAKAN: Sebuah rumah, beberapa buah kenderaan dan motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Bakau, Batu 3, Sandakan petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus @ Mohd Nizam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.17 petang.


Katanya sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama 2 jentera pemadam api, water tanker dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai.


"Terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal yang berkeluasan 100 x 50 kaki persegi terbakar 100%.


"Kebakaran tersebut juga melibatkan beberapa kenderaan dan yang motosikal turut terbakar 100%," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Severinus, bomba memadamkan kebakaran menggunakan 2 aliran 3 pancutan 300 kaki sumber air dari jentera.


Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.45 petang dan seterusnya operasi 'overhaul' masih dijalankan.


Maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa, katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page