top of page
nabalunews

Rumah Mesra SMJ penduduk di Kiau Teburi, siap dan sedia didiami


19 Oktober 2024


KOTA BELUD : Semakin banyak Rumah Mesra SMJ yang dibina untuk membolehkan golongan memerlukan tinggal di rumah yang lebih selesa, kini telah siap dan sedia untuk didiami di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.


Antaranya ialah Rumah Mesra SMJ milik seorang penduduk di Kampung Kiau Teburi, Luke Kabun yang mula dibina pada 2 Mei lalu kini telah siap dan sedia untuk diduduki.


Hari ini, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis dan Pemaju Mukim Anicholse Kesimin, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick melawat projek Rumah Mesra SMJ di Kampung Kiau Teburi.


Lawatan ini melibatkan kunjungan ke Rumah Mesra SMJ milik Luke dan keluarganya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kiau Teburi, Stefben Sindeh, turut serta dalam lawatan tersebut.


Lawatan ini menunjukkan keprihatinan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian terhadap kebajikan penduduk setempat, khususnya memastikan rumah yang dibina untuk penduduk berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk didiami.

Comments


bottom of page