top of page

Rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan

  • nabalunews
  • Dec 23, 2024
  • 1 min read

22 Disember 2024


NABAWAN: Sebuah rumah jenis separuh kekal di Lorong 1, Kampung Bahagia, di sini, musnah terbakar awal pagi tadi.


Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.33 pagi.


Katanya sepasukan 7 pegawai dan anggota bersama jentera pemadam api dari BBP Nabawan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 8 kilometer dari balai.


Katanya operasi memadamkan kebakaran turut dibantu sepasukan 7 pegawai dan anggota dari BBP Sook.


"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40x50 kaki terbakar 100 %. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.


"Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 300 kaki 2 pancutan sumber air dari jentera dan air kolam," katanya dalam kenyataan hari ini.


Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi bomba ditamatkan jam 4:17 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page