top of page

Rumah Roboh: Dua Lelaki Cedera

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

23 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Dua lelaki cedera selepas rumah mereka dilaporkan roboh dalam kejadian di Kampung Tanjung Aru Lama Berhampiran Masjid Al-Kauthar Kota Kinabalu, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 44 tahun terpaksa diberikan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.47 pagi.

ree

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kejadian melibatkan sebuah rumah atas air jenis tidak kekal berkeluasan 92 meter persegi telah roboh di bahagian konkrit belakang rumah.


“Terdapat dua mangsa mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS Bomba dan Ambulans untuk rawatan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, Pasukan Bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain di lokasi seterusnya operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page