top of page

Rumah rosak di hempap pokok

nabalunews


Anggota Bomba Sandakan membantu mengalihkan pokok berkenaan. (Gambar Bomba Sabah).
Anggota Bomba Sandakan membantu mengalihkan pokok berkenaan. (Gambar Bomba Sabah).

21 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN - Sebuah rumah di Kampung Gas, Jalan Batu Sapi, Sandakan dihempap pokok tumbang dan menyebabkan kerosakan 10 peratus pada rumah jenis tidak kekal itu dalam kejadian yang berlaku petang Selasa.


Menerusi satu kenyataan di Sandakan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.58 petang kemudian menghantar 8 anggotanya ke lokasi kejadian bagi bantuan mengalihkan runtuhan itu.


"Pasukan Bomba bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan peralatan gergaji berantai dan seterusnya mengalihkan ke kawasan selamat," katanya.


"Sejurus pemeriksaan di sekitar kawasan dan memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.09 petang," tambahnya.


Severinus menambah, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page