top of page

Rumah runtuh, penghuni cedera

  • nabalunews
  • 11 minutes ago
  • 1 min read
ree

6 November 2025


TAWAU: Seorang lelaki cedera selepas rumah atas air yang miliknya runtuh dalam kejadian di Kampung Hidayat, awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.11 pagi.


Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian untuk membantu.

ree

"Pasukan operasi tiba di lokasi pada jam 3.18 pagi dan mendapati sebuah rumah atas air telah runtuh sepenuhnya.


"Seorang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Menurutnya, pasukan bomba turut menasihati penghuni rumah berhampiran supaya mengosongkan kediaman masing-masing buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


"Selepas memastikan keadaan di lokasi selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 pagi," katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page