top of page

Rumah separuh kekal terbakar di Kota Belud

  • nabalunews
  • Apr 28
  • 1 min read


28 April 2025


KOTA BELUD: Sebuah rumah separuh kekal di Kampung Bobot, Kota Belud musnah hampir 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran awal pagi ini, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.


Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 5.50 pagi sebelum jentera bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.


“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50x60 kaki persegi terbakar 90 peratus semasa ketibaan pasukan bomba,” kata kenyataan itu.


Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air, bersumberkan tangki jentera bomba dan parit berhampiran.


“Tindakan operasi memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air dari tangki jentera bomba dan sumber terbuka (parit). Operasi terkawal pada jam 06:13:00,” jelasnya.


Operasi yang diketuai oleh PBK II Farhad Abdullah tamat sepenuhnya pada jam 7.37 pagi setelah memastikan tiada ancaman bahaya lain di lokasi kejadian. Operasi turut dibantu oleh dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page