top of page

Rundingan Tahunan ke-13: Malaysia, Indonesia capai persetujuan penting

  • nabalunews
  • Jul 30
  • 1 min read

ree

30 Julai 2025


KOTA KINABALU: Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan Ke-13 yang berlangsung di Jakarta, termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Memetik laporan Bernama, antara pencapaian utama dalam rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kerjasama dalam bidang kesihatan, maklumat dan komunikasi serta tadbir urus internet.


Anwar berkata, pelbagai isu penting turut disentuh dalam rundingan itu termasuk sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion, kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), serta kemudahan akses rentas sempadan yang lebih lancar di Entikong.


“Pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor strategik di Indonesia berteraskan semangat tulen untuk memperkukuh kesejahteraan serantau.


“Hasrat Malaysia adalah untuk menjadi rakan pembangunan yang jujur dan amanah dalam pelbagai bidang termasuk tenaga boleh baharu dengan Sarawak sebagai hab eksport, selain infrastruktur, perumahan, pendidikan dan teknologi,” katanya pada sidang media selepas rundingan itu, di Jakarta, semalam.


Mengenai isu sempadan laut di Laut Sulawesi, beliau berkata perbincangan dijalankan berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), serta mengambil kira kepentingan kedua-dua negara.


“Semangat kita adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing sambil menghormati garis sempadan yang ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa. Kita teruskan dengan semangat itu supaya tiada ketegangan,” katanya.


Dalam isu keselamatan, Perdana Menteri berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui kerangka Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi.


Perdana Menteri turut menegaskan Malaysia kekal pada keselamatan strategik di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page