‘Runner’ Minuman Keras Seludup Ditahan
- nabalunews
- Sep 7, 2025
- 1 min read

7 September 2025
BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercayai menjalankan aktiviti penghantaran atau ‘runner’ minuman keras seludup dalam operasi yang dijalankan di daerah ini, semalam.
Dalam Operasi Taring Landai Khas yang dilaksanakan pada jam 9 pagi itu, puluhan karton minuman keras seludup pada awalnya ditemui dimuatkan di sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Pasukan operasi kemudiannya menyerbu sebuah lot kedai yang dipercayai dijadikan tempat menyembunyikan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan, suspek dipercayai bertindak sebagai pembekal minuman keras seludup dalam pasaran haram tempatan (Black Market).
Katanya, tangkapan ke atas suspek tersebut membawa kepada serbuan ke atas sebuah lot kedai yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan minuman keras tidak bercukai.
“Hasil kedua-dua serbuan ini berjaya merampas sebanyak 5,136 tin minuman keras pelbagai jenama berserta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM 174,250.90 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sehuhungan itu, Nazri berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada seluruh komuniti orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.
Katanya, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.















lv88 mình lướt thử vì thấy bạn bè nhắc thoáng qua trong mấy group giải trí, kiểu tò mò xem trang nhìn ra sao thôi. Vào cái là thấy giao diện khá nhẹ mắt, không bị nhồi chữ hay màu mè quá đà. Mình không đọc kỹ từng bài, chủ yếu xem cách họ bố trí có dễ tìm không, và thấy phần “TIN TỨC” để khá rõ nên kéo xuống là nhận ra ngay. Mấy khối nội dung canh gọn gàng, chữ ổn, cuộn trang cũng mượt nên không bị khó chịu như vài site mình từng ghé. Menu nằm chỗ dễ thấy nên bấm qua lại không phải mò, và tiêu đề “TIN TỨC” tách riêng nhìn rất…