top of page

RUU had tempoh jawatan PM dibentang di Parlimen tahun ini

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 2 min read

ree

5 Januari 2026


PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata RUU tersebut merupakan antara langkah reformasi institusi yang sedang dilaksanakan kerajaan pada sesi Parlimen tahun ini.


“Semua orang ada had tempohnya. Contoh, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tidak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya."


“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Maka, kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada Perhimpunan Bulanan JPM di sini, hari ini.


Dalam pada itu, katanya, RUU berkaitan pemisahan kuasa antara pendakwa raya dan Peguam Negara akan menjadi antara perkara pertama dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.


Menurutnya, langkah tersebut penting bagi mengukuhkan kebebasan institusi perundangan serta memastikan proses pendakwaan dilaksanakan tanpa sebarang konflik kepentingan.


“Selain itu, dalam usaha memperkasa sistem semak dan imbang, RUU Ombudsman yang disiapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, turut akan dibentangkan.


“RUU Ombudsman ialah institusi yang memberi ruang kepada rakyat membangkitkan apa saja permasalahan kerana tanpa kecuali, daripada Perdana Menteri sehingga ke bawahnya, harus dipertanggungjawabkan dan boleh disoal,” jelasnya.


Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan RUU Kebebasan Maklumat (FOI) juga akan dibentangkan dengan sasaran pelaksanaan dalam tahun ini.


"Saya hendak memberi jaminan bahawa soal keselamatan negara, soal risikan, tentunya kita harus beri pengecualian (daripada akta itu).


“Tetapi semua soal tender, kontrak dan projek, untuk mengelak penyalahan kuasa, RUU ini akan dibentangkan untuk kelulusan Parlimen pada sesi ini atau sesi akan datang tahun ini juga,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page