top of page

SAB Mission Sokong Saranan Tarikh Pilihan Raya Tidak Jatuh Pada Hari Ibadah

  • nabalunews
  • Oct 8
  • 1 min read

ree

8 Oktober 2025


TAMPARULI: Sabah Mission of Seventh-day Adventist (SAB Mission) menyatakan sokongan terhadap cadangan agar tarikh penting dalam proses pilihan raya, termasuk hari pembuangan undi, tidak dijadualkan pada hari beribadah.


Menurut Jurucakap Bahagian Sekretariat SAB Mission, Pastor Kozel Watts Malim Enggang, kepekaan terhadap hari ibadah membolehkan setiap warganegara menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya tanpa mengabaikan kehidupan kerohanian masing-masing.


“Permohonan dan pernyataan sokongan ini bagi membolehkan para anggota Gereja Seventh-day Adventist (SDA) di seluruh Sabah dapat melaksanakan kewajiban mereka sebagai warganegara untuk membuang undi tanpa melalaikan tanggungjawab kerohanian mereka.


“Salah satu kepercayaan asas Gereja SDA ialah pemeliharaan Sabat hari ketujuh, yang bermula pada terbenam matahari setiap Jumaat dan berakhir pada terbenam matahari setiap Sabtu.


“Sepanjang tempoh tersebut, para anggota gereja menumpukan masa kepada aktiviti ibadah, perhimpunan rohani, dan kerja kebajikan,” kata dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau yang juga Caretaker SAB Mission berkata, pendekatan itu juga selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan, yang menekankan kepentingan menghormati amalan keagamaan sebagai asas keharmonian masyarakat.


“Sehubungan dengan itu, Bahagian Sekretariat SAB Mission berharap pihak berkuasa dapat meneliti perkara ini dengan sewajarnya dalam penetapan tarikh pilihan raya akan datang supaya ia tidak bertembung dengan waktu ibadah anggota gereja SDA,” katanya lagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page