top of page

Sabah benarkan pejabat kerajaan beroperasi pada kapaisti 80 peratus

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 20, 2021
  • 1 min read

Gambar hiasan

20 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah membenarkan semua pejabat kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti 80 peratus bermula esok iaitu 21 September.


Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun yang juga merupakan jurucakap Covid-19 berkata, semua kakitangan yang hadir ke pejabat, dan semua pelanggan serta pengunjung hendaklah telah lengkap divaksin.


"Selebihnya iaitu 20 peratus daripada kakitangan perlu bertugas di rumah.," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Dalam pada itu, Masidi berkata, kerajaan negeri juga memberi kebenaran untuk dua orang pemain golf berkongsi satu buggy yang juga berkuatkuasa esok.


Menurut beliau, perkongsian satu buggy dibenarkan dengan syarat terdapat pemisah atau dinding plastik di antara kedua-dua pemain tersebut.


"Semua pemain hendaklah juga telah lengkap divaksin dan mempunyai status risiko rendah pada aplikasi MySejahtera," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page