Sabah capai 71.8 peratus penduduk dewasa lengkap vaksinasiSabah capai 71.8 peratus penduduk dewasa lengkap vaksinasi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah capai 71.8 peratus penduduk dewasa lengkap vaksinasi


16 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 1,980,802 orang atau 71.8 peratus penduduk dewasa Sabah sudah lengkap divaksinasi setakat semalam (15 Oktober).


Manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin pula ialah seramai 189,902 orang atau bersamaan 45 peratus, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


“Jumlah kumulatif penduduk Sabah yang menerima vaksin dos 1 setakat 15 Oktober pula ialah seramai 2, 405,622 orang.


“Daripada jumlah tersebut 2,091,648 orang adalah penduduk dewasa dan 313,974 orang penduduk remaja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Berdasarkan jumlah peratusan penduduk dewasa yang divaksinasi setakat ini, Sabah masih ketinggalan 18.2 peratus untuk mencapai 90 peratus penduduk dewasa yang lengkap vaksinasi.

bottom of page