top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Sabah catat 1,066 kes baharu Covid-19, angka tertinggi tahun ini



30 Julai 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini melonjak naik kepada 1,066 kes hari ini, angka tertinggi tahun ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 83,686 kes.


Enam kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu tiga di Beaufort manakala Sandakan, Kudat, dan Penampang masing-masing mencatatkan satu kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu kecuali Telupid, Nabawan dan Sipitang.


"Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes baharu tertinggi pada hari ini dengan catatan 206 kes, diikuti Tawau (171 kes), Beaufort (87 kes), Penampang (82 kes), Tuaran (79 kes), Keningau (77 kes), dan Beluran dengan 64 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, peningkatan yang mendadak itu adalah berpunca daripada saringan kontak rapat yang mana daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 640 kes adalah daripada saringan kontak rapat dengan Kota Kinbalu mencatatkan jumlah saringan kontak rapat paling tinggi iaitu sebanyak 125 kes.


“Saringan bergejala dan saringan kluster masing-masing mencatatkan 157 kes, manakala sarıngan bersasar merekodkan 51 dan saringan lain-lain kes pula mencatatkan 61 kes,” katanya.


Beliau berkata, 77.86 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 345 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 485 kes sekadar mengalami simptom ringan.


“Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 545 menjadikan jumlah kumulatif 76,450 orang.


“Seramai 3,984 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 821 orang di hospital, 3,123 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 40 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 91 orang dan 27 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comments


bottom of page